Kelas Basic ICT – Introduction to PC & Advokasi

2 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 1 November 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan Kelas Basic ICT dan Advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menerangkan konsep asas tentang komputer dan memberikan takrifan perkakasan komputer serta untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan peserta mengenai penggunaan internet yang berhemah.

Dalam kelas ini, peserta mengulangkaji tentang takrifan komputer dan jenis-jenis perisian yang kerap digunakan seperti sistem pengoperasian iaitu Windows dan pemproses dokumen iaitu Microsoft. Peserta diterangkan bahawa terdapat 3 Windows yang digunakan pada masa kini iaitu Windows 7, 8 dan 10 yang mempunyai perbezaan dalam sistem operasi. Mereka ditunjukkan cara-cara untuk memeriksa sistem pengoperasian yang terdapat dalam komputer masing-masing.

Peserta telah dipaparkan gambar komponen-komponen perkakasan fizikal komputer dan diingatkan untuk menghafal setiap komponen komputer seperti kekunci, monitor, keyboard, tetikus, pencetak dan lain-lain untuk memastikan sesebuah komputer itu berfungsi dengan betul. Mereka turut diterangkan mengenai fungsi setiap komponen komputer. Selain itu, mereka telah didedahkan mengenai email iaitu Gmail, Yahoo mail dan Hotmail yang mempunyai perbezaan bagi setiap tetapan email.

Peserta juga dididik mengenai advokasi iaitu panggilan palsu dimana mereka diingatkan supaya tidak menjadi mangsa dengan mengenalpasti panggilan palsu dan langkah yang harus diambil sekiranya mendapat panggilan palsu. Mereka digalakkan untuk memeriksa kesahihan berita/maklumat yang diterima di media sosial adalah palsu atau benar dengan melayari laman web Sebenarnya.my.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali